Wednesday, November 14, 2012



Pada tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam , peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam sehingga kini ,biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya masih segar dibenak ingatan.
Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.
Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.
Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar sayugianya perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.
Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung.Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampong halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.
Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan.Kesannya penghijrahan  yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat. Wallahu’alam.

Saturday, July 7, 2012

apa2 jek

dah lama aku x update blog aku ni

bile aku akan jumpa cinta sejati?

kekadang tu aku cemburu tgk sepupu2 yang dah bersuami.. yg dah ada ank sndri... tp aku belum lg.. apa aku x layak ker untuk semua ni? aku pun mahukan kebahagiaan mcm mereka..
tapi aku percaya 1 ari nati aku pun akan jumpa cinta sejati aku...
tapi bile?.

apa pun tahniah untuk sepupu2 aku yang da berumah tangga..n danmempunyai kehidupan sendri.. kwan2 yg sebaya dgn aku pun ramai yg dah kawin..

kekadang tu sedih pikirkab hidup aku mcm nikan....

Monday, February 6, 2012

diari cinta 2012

dah 2 tahun aku bli diari yg sama ni.. rapi masih belum pernah aku coret cinta dalam nya..

mungkin belum tibe masa untuk aku luah kan dalam tu,.

Monday, August 8, 2011

my besday..

09.08.2011

hari ini genap umur aku 25 tahun.. dah tua rupa  nya..

tq all my frends atas ucapan n doa dari u all..

Tuesday, June 7, 2011

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA



tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada ABAH



selamat hari bapa



SAYANG ABAH

Friday, May 6, 2011

selamat hari IBU buat EMAK

mak...

ucapan selamt hari ibu untuk mak lela sayang.. lela sayang kan mak.. mak lah segala nya dalam hidup lela...
walaupun lela jauh dari mak.. tapi anak mak ni selalu ingat kat mak..
lela rinduu mak... da hampir sebulan x balik jumpa mak.. walaupun anak mak ni degil tapi anak mak ni sayang kan mak...


rindu sangat kat mak..




 Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu

Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini